Tuesday, November 15, 2011

Pelaris

Assalamualaikum,

Dekat Group Facebook Universiti aku sekarang tengah hangat dengan cerita PELARIS. Korang tahu pelaris? Ala, orang bukak kedai makan, nak bagi ramai orang datang tuh. So dia guna pak bomoh mintak pelaris. Tp korang tahu, pelaris tuh dia guna Jin.

Lokasi berdekatan dengan belakang hostel UMT, kedai tuh terkantoi guna pelaris masa minggu sebelum cuti semester baru-baru nih. Dua minggu lepas lah, ade budak tengah makan kat kedai tuh dia menjerit. Aku pun tak tahu cite sebenar camne sebab aku dah chow balik KL dulu. Bab-bab cuti memang aku cepat cabut balik.  Tp berdasarkan komen-komen student UMT kat post tuh kitaorang dinasihatkan jangan makan kat kedai tuh lagi. Tapi ade ustaz kata memang kedai tuh ade guna pelaris.

Padanlah kan, kedai tuh tak putus orang datang. Selalu penuh je orang makan kat situ. Biasa aku lalu situ mesti petang bebudak perempuan ramai, malam time bebudak laki pulak conquer kedai tuh. Serius ramai! Makan pun takdelah special sangat pun.

Masalahnye sekarang nih, aku pernah lah sekali dua pergi makan kat kedai tuh. Dulu la masa aku masih hingusan. Yelah muka budak first year, bebudak hostel kan memang selalu lah makan kat luar. Ohmaigod! Tak sangka seyh tetbe aku dikejutkan dengan PELARIS, agak-agaklah nak bagi kedai laku sekalipun. Tolonglah percaya dengan rezeki ALLAH. ALLAH yang bagi kau rezeki, yang kau pi mintak tolong dekat bomoh, Jin tuh dah kenapa?

Haish.. Memang nekad lah sekarang tak mau makan luar dah. Bahaya. Buat sementara nih makan roti dengan serunding je. Nak masak tapi gas umah sewa aku sekarang nih tak boleh guna. Boleh pulak kan kepala gas rosak. Housemate tengah cari orang nak mintak tolong. Aku tak reti bab-bab pasang kepala gas or tukar kepala gas ke hape. Aku reti guna je. Korang reti?

SEKIAN~

11 comments:

Marcella said...

pelaris??mesti dia untung kuat2 tuh..best la..hehehe..


p/s:aku pun tak tahu nak tukar camana..guna je reti.gas habis,ayah yang tukar..hehehe..

NURUL ASHIKIN said...

harap2 yang dimasak tu x dimasukkan yang bukan2

YOUsoF said...

Pelaris, masakan tak beranak enak pun orang datang tak habis-habis.. ;D


Sebelum ni aku memang blur pelaris tu dalam bentuk apa. Dulu aku pernah jadi waiter kat restoran besar dan pekerja senior dekat situ memang pakai pelaris.. Wallahualam.



Hehe aku pandai tukar kepala gas sebab mak aku selalu mintak tolong..

ekabukanmakcikkau. said...

okeylah tu roti dgn serunding muahahhaa. dulu , masa kau makan tu kedai dia ramai mcm sekarang ke? kalau tak, selamatlah kauu . hhahaa

semutsengal said...

untunglah dpt rasa makan plaris, sedap tak! ?

hahhahaha. Tuak kepala gas? aku reti, tp mls lah nakajar kau..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

weii..aku sudi nak dating ngn ko..hehehehe..

bahayanya pelaris2 nie..aku abis kuat makan kt cafe kolej je..hehe..mkn luar mahal!

suha said...

haih,mcm2 la jenis manusia ni ye..cik suha nk pake pelaris gak la..biar rmai org nak hahaha (^_^)

lieynanilaz said...

berhati-hati memilih kedai makan...banyak cara digunakan untuk melariskan jualan..(x semua)

Botak said...

bab² pelaris ni biasanya mesti kotor., hahahaha., padanlah siapa yang pernah makan kat situ.. :))

ABU said...

zaman sekrng ni pun masih ada lagi orng yang mngamalkan benda2 mcm tu macm2 tul la..

adwa ada bgi tips nak tahu kedai yg pakai pelaris ni..

~Budak Merah~ said...

Betul2. Dulu, lect yg gitau pasal pelaris nie.. and mostly mamak. Betol ke ea?