Thursday, January 15, 2015

PRE-CONVO photoshoot: Part 1

Assalamualaikum everyone,


Lama tak update and cukuplah sekadar nak bagi tahu yang aku dah berkonvo setelah berhempas pulas selama 4 tahun belajoooorrr. Dan semestinya lah memang eksaited sebab first time sarung jubah konvo kan. So, dengan kesempatan yang hado ni aku nak update entry pasal konvo. Hewhewhew.

First and foremeost, preparation untuk berkonvo ni macam-macam rupanya kena buat. Memandangkan masa yang aku ada sangatlah limited. Yela, semenjak dua menjak jadi wanita bekerja ni. Hiks.

Memula kau kena isi Borang Kajian Pengesahan Graduan. Lepastu kena bayar Yuran Graduan (Ijazah Sarjana Muda) sebanyak RM 100 + Yuran ALUMNI sebanyak RM 50. Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada universiti masing-masing. Dah settle step-step utama barulah boleh sebok-sebok nak pergi ambik Jubah Konvo. Macam biasa mmg ramaiiiii gila graduan yang akan datang awal beratur sebab kuatir size jubah akan habis. 

Bila dah dapat jubah, haaaaa...apa lagi. The pre-convo photoshoot begin. Hihihi. Memandangkan aku pergi ambil jubah dua orang sahaja dengan my ex-housemate kitaorang sangat sakan bergambar. Dia amik gambar aku then aku amik gambar dia, Wakaka.

And the camera rolling:

Roomate masa first year, pastu jadi housemate pastu jadi roomate balik masa final year

Terserlah gembira bila habis belajar. Jerawat semua automatik hilang.

Setiap tahun, memang aku tak akan lepaskan peluang untuk pergi memeriahkan majlis konvo senior-senior dan juga majlis konvo kawan-kawan rapat. Dan tak sangka masa untuk aku berkonvo telah tiba. Memang eksaited. Nervous okay.

Ini gambar wajib. Baling-baling Mortar Board (4 tahun tunggu saaat ni)

Finally GRADUATED (Berlatar belakangkan Bangunan  Canselori UMT)

Kan dah kata bergambar berdua. Kau ambik gambar aku, aku ambik gambar kau. Deal! Hahaha. FIY, aku dah buat preparation awal untuk berkonvo ni. Sebulan awal okay dari segi duit, booking hotel, proop photoshoot and hadiah konvo kawan-kawan rapat.

DIY proop pre-convo photoshoot.



Daripada zaman sekolah suka gile colour purple. Tak sangka jubah konvo colour purple.

Then, we move to LORONG KENANGAN PAYANG, KG. CINA, Terengganu. Apa yang menarik kat sini ialah street art dia. Tempat ni di komersialkan pertengahan June 2014 haritu. Which is masa tu dah habis semester and dah balik bermaustatutin kat rumah dah.


We decided to have a pre-convo photoshoot here. Not bad, sebab tmpt dia ada payung-payung tu yang macam dekat Agueda, Portugal tu. Itu je lah pun yang menarik. Bajet overseas sangat kitaorang kan. Kahkahkah. Actually banyak lagi art kat lorong ni, tapi kitaorang dah tak larat. Satu sebab panas dan dua disebabkan beratur panjang gilee okay untuk dapatkan jubah konvo ni. Tenaga pn tak banyak dah, senyum pun senyum kambing dah. After photoshoot sendirian berhad ni kitaorang kena balik Kuala Lumpur pulak. Esoknya kerja =.=

My ex-housemate reben dia kaler lain sebab dia SCHOOL lain.


Minta tlg org sekeliling ambik kan gambar. Wakaka

To be continue... PRE-CONVO photoshoot: Part 2

Till Then. Assalamualaikum.



Saturday, June 29, 2013

INTERNSHIP: Week 2



Assalamualaikum guys,

Minggu kedua praktikal dah melabuhkan tirainya, minggu ke-3 bakal dihadapi mulai Isnin(1 Julai 2013) ni pulak. Hari ini hari Sabtu, macam biasa hari ni kerja half-day sahaja. Selalunya after kerja hari Sabtu aku balik Selayang rumah mak aku. Tapi hari ini aku balik rumah nenek yang disayangi, area Selayang jugak. 


Family aku takde minggu ni, sebab pergi bercuti kat Penang. Aku tak dapat ikot sebab baru je start praktikal kan, aku tak berani pulak nak isi borang untuk minta cuti. Dah berapa kali family aku pergi bercuti aku tak dapat follow. Dah banyak kali trip dah aku tertinggal. Wuuuu, nangis aku.  Just forget it! Sekarang, aku kena focus untuk masa depan yang cerah. Okay, cool beb! 


Minggu kedua aku diberi tugas untuk menguruskan Scheduled Waste (SW), tak macam minggu lepas, aku just isi inventory SW je. Kali ni aku turun padang, untuk urus daripada first step sampai lah ke habis. Oh ye, meh aku terangkan dulu ape tuh SW? Kang aku syok sendiri je cerita. 


Scheduled Waste (SW) ni nama melayunya Sisa Buangan Terjadual. SW ni tak boleh buang dalam tong sampah sesuka hati je. Kategori SW ade 77 semuanya yang terkandung dalam 5 kelas/Jenis yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1975 (EQA 1975). Dimana, setiap kategori ada code khas untuk setiap jenis sisa buangan. Contohnya, Scheduled waste di SPLASH yang terhasil seperti lampu kalimantang, sisa bahan kimia daripada makmal(Mercury, Arsenic, Cyanide), bekas yang tercemar dengan sisa kimia, bateri dan lain-lain. 


Berikut adalah code SW yang aku uruskan untuk minggu ke-2 ni:
 
SW 110: Electrical (Lampu kalimantang),
SW 103: Battery,
SW 430: Sisa kimia daripada makmal(Mercury, Arsenic, Cyanide),


Syarat untuk melupuskan SW adalah cukup tempoh 180 hari atau cukup 20 Tan Metric. If kat SPLASH ni, Kualiti Alam Sdn Bhd yang bertanggungjawab keatas SW ni. So, if dah cukup syarat lori Kualiti Alam Sdn. Bhd. akan datang untuk ambil SW ni yang kemudiannya akan dilupuskan.

Scheduled waste yang akan dihantar ke Kualiti Alam Sdn. Bhd untuk pelupusan. Penat Encik Saidon mengangkat Scheduled  Waste naik atas lori. Hehehe.

 Dalam masa yang sama kita kena settle-kan borang inventori SW, kena isi and cek juga consignment note untuk tahu transport yang digunakan untuk ambil SW sama ada transport berdaftar ke tak dengan Department of Environment (DOE). If tak berdaftar, transport tuh dikategori kan sebagai transport ‘HARAM’. See, fahamkan? 


Pastu aku juga kena pastikan semua SW tadi dilabel. Labelling tuh kena ada nama syarikat, no telefon syarikat, code waste dan namanya, dan syarikat yang ambil SW tuh macam Kualiti Alam Sdn. Bhd. Labelling sangat penting untuk factor-faktor keselamatan. Katakan lah SW tadi tercicir daripada lori masa on the way ke Kualiti Alam kan, so orang awam yang terjumpa boleh contact kepada syarikat yang berkenaan untuk beritahu yang SW syarikat tu tercicir daripada lori. Semuanya berdasarkan maklumat yang tertera pada label. Dan syarikat tersebut boleh lah buat tindakan apa yang patut. Ok? 

Ini lah Scheduled waste yang terhasil daripada SPLASH. Nampak tak label-label tuh?

Next task minggu ni lagi, supervisor aku bawak aku pergi Tunnel Sg. Selangor Dam. Aku join supervisor aku monitor kerja –kerja LEV. Ape tu LEV? LEV is Level Exhaust Ventilation. Bukan sembarang orang yang boleh masuk Tunnel ni utk buat LEV, syaratnya mesti competent person. Maksudnya, orang yang ada lesen Confine Space. Sebab kerja ni agak bahaya. Yelah kena masuk tunnel kan. Dah lah udara tak cukup dalam tuh. Tunnel ni dikategorikan sebagai Confine Space atau nama melayunya RUANG TERKURUNG. So, dgn adanya lesen competent if anything happen kan, boleh lah korang cover insurans. Hiks. Faham? Nak tahu lebih lanjut, korang search lah internet erk.

Yezza, sini lah tunnel! Aku takleh masuk pun, dok luar je sebab takde lesen Confine Space.

Ok, tuh je nak cerita minggu ni. Aku takleh lah nak update blog setiap hari, kira update tiap minggu ni pun dah cukup ok kan. Hehe.  Sebab balik keja je dah penat, then kena siapkan report praktikal, pastu prepare Final year project (FYP) untuk semester depan pulak (busy baca journal). Entah bila aku nak start type literature review untuk FYP. Baca journal tak habis-habis lagi ni.  Tapi if free ape salahnya, dua kali update blog pun boleh. Amboi kau!


P/s: Apa salahnya sekali-sekala aku cerita pasal  prosedur and akta sikit kan. Untuk pengetahuan semua and pemahaman aku juga ni. :D


Ok, till then. Wassalam.