Wednesday, November 14, 2012

Site visit to industrial wastewater treatment plant.



Hye everyone, sorry for a long delayed. Of course busy, sebab kena buat fieldwork plus assignment semester ni  banyak kat outside lah. Ni ha pun baru lepas Test 1. Minggu depan ade Test lagi, presentation lagi. And now berdikit-dikit tengah buat discussion and study. Nama je cuti seminggu, tapi macam-macam benda kena settle. Eh, mengadu domba pulak kan. Biasa lah student. Then, the conclusion is blog pun memang terabai. Hehe.

Let’s move on to the main story. Last 2 months (around September), see last two months punye story baru nak update entry. Payoh gini weii. Haha. Group aku buat sites visit ke Kilang Utusan Malaysia cawangan Gong Badak, Terengganu. Kitaorang pergi dalam 5 orang je sebab ni group assignment for subject Wastewater Treatment Technology. 

Okay, here we go. Here it is all those the pictures sepanjang sites visit. (Korang feeling-feeling je lah yang korang pun join jugak sites visit ni, ehehe). Okay jom!


Sejam pertama je bajet skema nak catat segala ape yang Encik tu cakap. Selepas sejam, lemau. Sebab banyak sangat nak kena tahu. Otak pun tepu nak dengar segala fakta. Kalau korang nak buat site visit aku nasihat kan korang bawaklah recorder. Senang. Bila balik daripada site visit, korang dengar balik je. 


Semua orang sangat fokus mendengar setiap butir yang keluar daripada mulut Encik Mazlan.

Before kitaorang masuk Press Room, kitaorang dibawa masuk dalam PRE-PRESS ROOM. Buat apa kat bilik ni? Okay, bilik ni adalah penyediaan before cetak surat khabar. Kira kena buat plate dulu pasal berita yang diterima from ibu pejabat UTUSAN.




Sebahagian daripada equipment and bahan-bahan yang digunakan. Memang susah nak buat surat khabar kalau takde machine ni semua. *Imagine, macam mana lah dulu orang masa zaman Jepun cetak surat khabar. Ummphh.




Bawah nih gambar machine-machine yang digunakan untuk buat surat khabar. Sangat systematic and kitaorang ternganga besau (besar) sebab teruja tengok. Kata first time, kan? HAHA


Depan kilang, haruslah bergambar. Gambar itu bukti yang kitaorang dah jejak kaki kat kilang UTUSAN MALAYSIA. Dapat surat khabar free woiiii!


Bawah ni lah tangki yang kitaorang harus tahu, penting untuk exam dan penting jugak untuk presentation. Kena tahu function setiap tangki and ape benda sisa yang dirawat. Tak paham? Hah! Kena belajar subjek Wastewater Treatment Technology!


Tangki bawah ni jugak. Penting! Memang kitaorang pulun paham gila-gila, takut nanti kena tanya dalam presentation. (Memang lecturer tanya pun)


Time untuk bagi penghargaan pulak. Okay nak balik dah, Encik Mazlan sangat peramah orangnya. Kitaorang sangat berpuas hati atas kerjasama yang diberikan.


And again, a big thanks to Encik Mazlan for guide us on this sites visit. We go through a wonderful experience, we gather an important informations and we had an enjoyable moments. Thanks a lot!

Site visit group! Yehaaa..


Ok tu je nak update, saja nak share dengan korang. Ok bye :)
Salam.