Tuesday, September 20, 2011

Melancong Free

Assalamualaikum,

Kelas LK semalam  lecturer bawak kitaorang melancong. Serius best! Macam-macam tempat kitaorang pergi..PERGI TENGOK je..Haha..Okies, jomlah aku bawak korang pulak.  Pakej melancong guna scroll mouse je..Mudah bukan? Orite, jgn banyak cakap, nnt kena tinggal flight :P

Destinasi pertama : Pisa Tower kat Italy.

Menurut Cerita lecturer aku semalam, Pisa Tower ni dibina tak condong sebenarnya. Tp masa dlm proses pembinaan tgkat yg ke- 3 tanah tetbe mendap. So, engineer stop proses pembinaan jap, after 90 tahun tanah dah stabil, so dorang teruskan lah siapkan Pisa tower nih. So hasilnya mcm dalam gambar bawah nih.


Destinasi kedua : Eiffel Tower, Paris. Sepenuhnya bahan binaan Eiffel Tower nih 100% from Steel. Nnt nak ajak yayang dating sini lah. HAHA.. 


Next desitanation : Pyramid of Giza, Egypt. Dalam Pyramid nih ade makam Firaun and the geng. Dah berabad bangunan nih, tp still lagi kukuh. Hebat kan! Dulu bukan ade teknologi pun.


Next, jom gi The Golden Gate Bridge, US. Bridge nih takde tiang sbb nak bg laluan kat kapal-kapal yg lalu bawah bridge tuh. So, tuh yg jambatan tuh tergantung. Nampak tak tali-tali gantung tuh. Ngeri kan. Kalau lah terputus. Cmne lah kan. Tp dont worry sbb struktur binaan dia sangat dijamin selamat. 


Jom gi Dubai lak. Okay bawah nih Palm Island, Dubai. Ni bukan natural island aw. Kerajaan Dubai yg tambak tanah buat Palm Island nih. Korang kena pastikan yg korang sangat-sangat kaya baru boleh beli rumah kat situ. Mahal mak oooiii.. Unik kan? 


Camnilah keadaan sekitar Palm Island, Dubai.

Jom gi Star Burj Hotel lak. Mane lah tahu korang gi Dubai ke kan. Ummmphhh..seyes nak booking semalam pun mahal gilos! bangunan dia unik sebab struktur binaan dia mcam kapal layar. Ade rupa kan?


Keadaan dalam hotel Burj al Arab, Dubai. 
Banyak lagi nak cite. Tp korang search lah Taipei 101 Tower, Beijing national stadium bird's nest, Songjiang Hotel Shanghai. Seyes teruja tengok. Semalam kat kelas pun aku menganga tgk bangunan-bangunan kat dunia nih. Hebat ah engineer yg reka segala bangunan unik nih. Actually lecturer suruh kitaorang tanam cita-cita jdi sehebat 'mereka'.

Okay aku tinggalkan korang dgn bangunan tertinggi di Dunia. Enjoy. Ranking KLCC dah tak top three dah.



Foot Note :  Sangat bestlah Kelas LK, kalau kelas C++ programming gila boring weyh! Jgn lah ade cita-cita nak jdi programmming sbb jadi Programming menghadap komputer je n hafal segala coding. Mlm nih kelas programming. Haih =,= 

SEKIAN~









Wednesday, September 7, 2011

Minggu Jalinan Mesra UMT 2011 (Orientation Week)

Assalamualaikum,

Nak jadi insan yang tabah lagi sabar sila baca entri aku dgn tatatertib sopan menghabiskan segala perkataan yg di 'type'. Terima kasih. For ur information this entry is autopublish. Sekarang mungkin aku terkejar-kejar melayan si Junior sepanjang  Minggu Jalinan Mesra (orientasi session) selama 5 ari nih. :)

Semalam hari pertama pendaftaran pelajar baru Ijazah Sarjana Muda kat UMT sesi 2011/2012. Aku selaku Fasi Unit Keselamatan seriously bertugas dgn peluh yg deras mcm air terjun. Ketiak juga lagi hangit dan melekit. Semalam aku  just jaga trafik keluar masuk hostel.

Mengutip pengalaman selagi masih muda. Menjaga trafik yg tak pernah aku cuba. Memang lah gelabah ayam. Macam-macam ragam manusia.  Ragam seperti customer cerewet adelah parents. Risau bebenor anak dorang nk masuk Uni nih. Terngiang-ngiang kt telinga aku nih :

"Kenapa bilik kecik ye" , " Kat sini takde Mall ke? " , " kenapa...kenapa dan kenapa..

Mungkin dengan adenye Mall yg Gah mahupun bilik hostel yg besar adalah kayu pengukur sebuah kejayaan anak-anak mereka. *asal ayat aku mcm nak berdebate nih?
Aku duduk kat tepi pagar masuk and mulut yg tak pernah lekang tanya " Selamat datang ke UMT, ye anak encik dapat asrama blok mane?  " Ayat yg sama utk beribu-ribu pemandu kereta. Kering tekak, panas terik macam nak pengsan. Seawal jam 8 pg sampai lah ke 5 ptg.

Ade seorang lelaki naik motor, segak bergaya bawak beg pangku depan motor. Pastu dia stop jap and tanya.. "Sis, blok Ibnu Abbas kat mane? "  Sedangkan blok Ibnu Abbas adalah blok perempuan. Okay, pikir positive. Maybe dia nak tolong hantar barang adik perempuan dia kot. Pastu dia gelak and aku nampak lah sticker pelajar kat motor dia.

Okay fine, aku tertipu dgn pertanyaan tuh sebab dia senior atas aku. Susah jugak bile jadi peramah. sigh =.= dahlah aku semangat jawab. Puihh!

Pastu adelah pakcik nih tanya blok Ibnu Sina kat mana. Okay aku jadi blur. Sebab hostel yg ade Ibnu Abbas, Ibnu Majjah, Ibnu Jarir, Annasai, At-tabrani, At-Tarmizi. takde pun Ibnu Sina.

Okay fine pakcik aku tertipu lagi. Pakcik dgn riang ria gembira bergelak ketawa ye.

Tulah sedikit sebanyak untuk hari semalam. Memang penat gile. Abis post mortem pukul 1 pagi. Harini sesi LDK pulak. Ade dua slot. Banyak hujah nak bebel kat junior arini. Satu group kena handle 11 orang. YA ALLAH, semoga dipermudahkan segala tugas aku sepanjang minggu nih. Okay bye, semoga bertemu kembali.
Aku tak pendek tp dorang tinggi ;D
Foot Note : Aku dah balik Uni.mmg susah sikit nk update blog. Banyak benda nak handle. Bukak semester nanti lagilah. Kelab punya kertas kerja berduyun-duyun tunggu mintak disettlekan. Tp akan berusaha update bila aku free. Adios ! :)


SEKIAN~




Friday, September 2, 2011

First Daya Raya :)

Assalamualaikum,

Nenda Tercinta :)


Selamat Hari Raya kawan-kawan, duet raya dapat tak? Tak dapat takpe usaha lagi dgn gigih tahun depan. Raya best woo.. Ziarah sedara, bergossip sambil makan sampai gedempol. Tp yg tak bestnye aku kena basuh pinggan. Memang lencun baju raya. Nasiblahkan jadi anak dara, Penat  nak type banyak-banyak, sila cuci mata je lah erk first day raya aku kat kampung :)

La Familia :)
Sebelah mak harus lah anak manja..siap peluk tangan mak lagi..
Sepupu sepapat, sedara mara, uncle muncle..haha :)
Cucu cicit tiut miut kiut :)
Hari mulia lagi bahagia luah isi hati nenek :)
Makan-makan :)
Atas kereta tuh cicit nenek, Dania Batrisya
Baby baby sekalian..
Bebudak gila camera, aku si mangsa tukang ambik gambar..puih! 
Duet raya berjumlah RM 183.80. Alhamdulillah. Nnt sambung lagi okay. Penat tak ilang lagi nih baru balik dari kampung. :)

SEKIAN~