Saturday, October 22, 2011

Hanging out at the beach

Assalamualaikum,

Semalam after exam, aku and kawan-kawan release tension dekat Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Seminggu kot bergelumang dengan buku, tido buku mesti letak bawah bantal. Okay, backspace, backspace..Mane de letak buku bawah bantal. HAHA Lokasi berdekatan dengan airport Sultan Mahmud, Terengganu..Ala...pantai tuh betul-betul belakang airport. Jom aku bawak korang jalan secara free. Kikiki.

Okay, kita dah sampai kat Pantai Teluk Ketapang. Everybody says "Yippiie!" ;)
See, ramai gila pelancong yang datang.
Weekend kan, mestilah ramai ;)
Nak tahu tak kat pantai Teluk Ketapang nih terkenal dgn ICT. Ha? Pelik kan? Bukan ICT yg kat Shah Alam tuh. ICT kat sini means IKan Celup Tepung-ICT.

Hehe..nih bukti pergi makan ICT ;)
Kawan-kawan yang turut serta bersama Rancangan "Jalan-jalan Cari tempat makan Best". haha.

Okay, memperkenalkan ni die Ikan Celup Tepung, harga mengikut saiz ikan ye ;D
Bukan Ikan je, udang, sotong semua pun ade. Aku suka seafood, mmg hati melonjak lah kan makan semua tuh. Lagi-lagi sotong. Oh sedap ;D

Ni sotong yg dicelup tepung, harga sepinggan Rm 5 je.
Keropok lekor sini mmg rasa ikan dia lain. Rasa ikan tuh mmg banyak lah. 99% rasa ikan. Aku dah biasa makan kopok lekor Terengganu, so bila balik umah beli kopok lekor kat KL tuh rasa tepung je rasa ikan kureng, suppose bukan keropok lekor, kena tukar nama keropok tepung.Haha. Keropok Lekor Terengganu terbaik lah. 

Panas-panas woo. RM 1 je 

Okay, bawah ni sosej dicelup tepung. kawan aku tuh mmg feveret makan sosej. So, org dah suka sangat-sangat makan memang nampak sosej mesti nak beli jugak. Kan?

Harga RM 2.50, lima ploh sen per each.
tarang, bawah nih udang pulak yang dicelup tepung. Nampak sedap kan?  Oh, memang sedap..*aku buat muka annoying sambil cicah udang dgn sos.HAHA ;P

Harga murah je, RM 5 sepinggan. Kalau share 4 orang bape? Okay sila bahagi. aku tak pandai bahagi, Differentation aku pandai..HAHA
Okay, photoshoot di tepian pantai pulak.  Berbatu-batuan. Balik umah sakit-sakit tumit. Padanlah muka.


Ha, ni nak habaQ mai lah nih. Kat pantai tuh ade kuda-kuda-an. Haha..Eh, apsal ntah aku nak tambah imbuhan -AN, -AN nih..Terlalu excited nak cerita kot. Ummphhh, maybe..

Nak naik charge Rm 3 for adults, and Rm 2 for childs. Murah kan? 
Ade jugak yang kereta kuda yang macam Cinderella tuh, best weyh. Aku tak naik sebab aku sampai sana pun dalam 6.30 petang. Nak naik mesti nak lama-lama kan? Tak syok lah sekejap je. Charge pn sama jugak RM 3 utk adults, Rm 2 utk child. Pastu nanti orang yang guide korang tuh bawak korang pusing-pusing pergi Kota London. Haha. ;P

Bersuka-ria dalam beberapa jam sahaja.
Okay, nanti cuti Deepavali nak pergi sini lagi, nak naik kuda pulak. Hehe.


Foot Note : Cuti Deepavali tak balik, Cuti Raya haji baru balik rumah. Oh lamanya tak balik rumah. Huhu. Terima kasih lecturer bagi assignment banyak-banyak. Cuti pun tak macam cuti dah. Haih..Penat mengadap buku. *think positive, lecturer bagi assignment sebab nak bagi kita pandai. 


SEKIAN~

7 comments:

mr_right said...

wahhh... blog die da laen ~ huhu. aku pernah makan ICT tu weh. tapi dah lame laa.. mase aku g terengganu dulu. mase sekolah dulu. sedap !

Unknown said...

haha..tuh menunjukkn yg kau dah lama tak menyinggah blog aku..

lame seyh zmn sekolah..aah, mmg sedap kan! rse mcm nk mkn hari2 je..dtg ah weyh..aku bawak jalan sini..

semutsengal said...

Err,


aku penah duduk situ lah !

AHHAHAHAHAH

Zul fattah said...

haha.. best ko dapat g jalan2 kat pantai.. aku duk di kuala pun belum ada masa lg nk g pantai..

suha said...

yeay!penah pegi gak tp xsempat nk mkn ICT..nnti kita g sesame nak?(^_^)

Nalisa Syahira said...

fuhhhh .

YouSOF said...

Walaupun dah terlambat aku tetap nak kata Yippiie! ;D


Aku belum ada rezeki lagi nak jejak kaki kat sana. ICT tu pun baru ni aku tengok rupanya, nampak menyelerakan.. hehe

Aktiviti kuda-kuda-an tu murah ek! Serius teringin pulak aku..