Assalamualaikum guys,
Minggu kedua praktikal dah melabuhkan tirainya, minggu ke-3
bakal dihadapi mulai Isnin(1 Julai 2013) ni pulak. Hari ini hari Sabtu, macam
biasa hari ni kerja half-day sahaja. Selalunya after kerja hari Sabtu aku balik
Selayang rumah mak aku. Tapi hari ini aku balik rumah nenek yang disayangi,
area Selayang jugak.
Family aku takde minggu ni, sebab pergi bercuti kat
Penang. Aku tak dapat ikot sebab baru je start praktikal kan, aku tak berani
pulak nak isi borang untuk minta cuti. Dah berapa kali family aku pergi bercuti
aku tak dapat follow. Dah banyak kali trip dah aku tertinggal. Wuuuu, nangis
aku. Just forget it! Sekarang, aku kena
focus untuk masa depan yang cerah. Okay, cool beb!
Minggu kedua aku diberi tugas untuk menguruskan Scheduled
Waste (SW), tak macam minggu lepas, aku just isi inventory SW je. Kali ni aku
turun padang, untuk urus daripada first step sampai lah ke habis. Oh ye, meh
aku terangkan dulu ape tuh SW? Kang aku syok sendiri je cerita.
Scheduled Waste
(SW) ni nama melayunya Sisa Buangan Terjadual. SW ni tak boleh buang dalam tong
sampah sesuka hati je. Kategori SW ade 77 semuanya yang terkandung dalam 5
kelas/Jenis yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1975 (EQA 1975).
Dimana, setiap kategori ada code khas untuk setiap jenis sisa buangan.
Contohnya, Scheduled waste di SPLASH yang terhasil seperti lampu kalimantang,
sisa bahan kimia daripada makmal(Mercury, Arsenic, Cyanide), bekas yang
tercemar dengan sisa kimia, bateri dan lain-lain.
Berikut adalah code SW yang aku uruskan untuk minggu ke-2 ni:
SW 110: Electrical (Lampu kalimantang),
SW 103: Battery,
SW 430: Sisa kimia daripada makmal(Mercury, Arsenic,
Cyanide),
Syarat untuk melupuskan SW adalah cukup tempoh 180 hari atau
cukup 20 Tan Metric. If kat SPLASH ni, Kualiti Alam Sdn Bhd yang
bertanggungjawab keatas SW ni. So, if dah cukup syarat lori Kualiti Alam Sdn.
Bhd. akan datang untuk ambil SW ni yang kemudiannya akan dilupuskan.
Scheduled waste yang akan dihantar ke Kualiti Alam Sdn. Bhd untuk pelupusan. Penat Encik Saidon mengangkat Scheduled Waste naik atas lori. Hehehe. |
Dalam masa yang sama kita kena settle-kan borang inventori
SW, kena isi and cek juga consignment note untuk tahu transport yang digunakan
untuk ambil SW sama ada transport berdaftar ke tak dengan Department of
Environment (DOE). If tak berdaftar, transport tuh dikategori kan sebagai
transport ‘HARAM’. See, fahamkan?
Pastu aku juga kena pastikan semua SW tadi
dilabel. Labelling tuh kena ada nama syarikat, no telefon syarikat, code waste
dan namanya, dan syarikat yang ambil SW tuh macam Kualiti Alam Sdn. Bhd. Labelling
sangat penting untuk factor-faktor keselamatan. Katakan lah SW tadi tercicir
daripada lori masa on the way ke Kualiti Alam kan, so orang awam yang terjumpa
boleh contact kepada syarikat yang berkenaan untuk beritahu yang SW syarikat tu
tercicir daripada lori. Semuanya berdasarkan maklumat yang tertera pada label. Dan
syarikat tersebut boleh lah buat tindakan apa yang patut. Ok?
Ini lah Scheduled waste yang terhasil daripada SPLASH. Nampak tak label-label tuh? |
Next task minggu ni lagi, supervisor aku bawak aku pergi Tunnel Sg. Selangor Dam. Aku join supervisor aku monitor kerja –kerja LEV. Ape tu LEV? LEV is Level Exhaust Ventilation. Bukan sembarang orang yang boleh masuk Tunnel ni utk buat LEV, syaratnya mesti competent person. Maksudnya, orang yang ada lesen Confine Space. Sebab kerja ni agak bahaya. Yelah kena masuk tunnel kan. Dah lah udara tak cukup dalam tuh. Tunnel ni dikategorikan sebagai Confine Space atau nama melayunya RUANG TERKURUNG. So, dgn adanya lesen competent if anything happen kan, boleh lah korang cover insurans. Hiks. Faham? Nak tahu lebih lanjut, korang search lah internet erk.
Yezza, sini lah tunnel! Aku takleh masuk pun, dok luar je sebab takde lesen Confine Space. |
Ok, tuh je nak cerita minggu ni. Aku takleh lah nak update
blog setiap hari, kira update tiap minggu ni pun dah cukup ok kan. Hehe. Sebab balik keja je dah penat, then kena
siapkan report praktikal, pastu prepare Final year project (FYP) untuk semester
depan pulak (busy baca journal). Entah bila aku nak start type literature
review untuk FYP. Baca journal tak habis-habis lagi ni. Tapi if free ape salahnya, dua kali update
blog pun boleh. Amboi kau!
P/s: Apa salahnya sekali-sekala aku cerita pasal prosedur and akta sikit kan. Untuk
pengetahuan semua and pemahaman aku juga ni. :D
Ok, till then. Wassalam.