Wednesday, June 19, 2013

Farewell



Assalamualaikum guys,

A little bit busy in semester 6, memang tak menang tangan buat assignments. Tidur 2-3 jam hujung-hujung semester memang perkara biasa untuk seseorang yang bergelar pelajar. Dah habis segala assignments, sites visits, presentations, and final exam memang lega tak terkata. Rindu nak blogging, tapi nak buat macam mana masa yang aku ada memang cukup-cukup makan je. 


For information korang, now aku tengah cuti. Yes, semester break 3 bulan. Tapi cuti ni tak macam cuti sebelum-sebelum ni. Sebab? Hihi. Tahun ni aku praktikal! Nampak tak petandanya. Ye, petanda nak abis belajar dah. Course aku ni 4 tahun, so tolak tambah bahagi berbaki lagi setahun je nak abis belajar. Pastu grade, kerja, and kahwin! Haha. Continue master insha-ALLAH. Atas nasihat senior-senior, kawan-kawan rapat, mama, and family aku mengambil keputusan nak kerja dulu pastu nak buat master PJJ (Pengajian Jarak Jauh). 

Okay, cukup untuk intro setelah lama tak berblog kan. Sekadar nak inform perkembangan hidup aku je.

Meh kita berbalik kepada tajuk “Farewell them at KLIA”. Sabtu lepas (15 June 2013) aku hantar coursemates Fazli, Niza and Jai kat KLIA. Saje nak farewell greet dorang sebelum berangkatnya ke Manila, Philiphines. Dorang adalah insan yang terpilih sebab dapat ber-praktikal kat Manila. Company international kot tapi based kat Manila. Alhamdulillah, rezeki dorang kan. 

3 orang dari kiri yang pergi Manila. Gdluck friends. :)

Rezeki Allah kan. Just nak buat yang terbaik or tak je. Praktikal kat mana-mana sama je. Yang buat kat overseas tuh maybe pengalaman dia lagi banyak and cabaran pun banyak. Untuk coursemates aku yang lain, pastikan korang praktikal dengan bagus ok! Niatlah ape yang korang buat kerana ALLAH(Lillahi taala), Insha-ALLAH boleh dapat ‘A’ and berjaya dengan cemerlang.  



Mercu tanda Malaysia ni, hehe :)

Masa kat airport, kitaorang dapat jumpe Fazli, Jai, and Niza kejap je. Yup, kejap sangat. Sebab, aku dengan kawan aku lagi sorang (Nad) sesat. Sepatutnya aku kena ambik nak kat LRT Bandar Tasik Selatan, tapi aku terlepas fly over yang menghala ke LRT tuh. So aku sesat sampai ke Sg. Besi. Damn! Seriuosly banyak buang masa nak cari jalan. Huhu. Kesian nad. Daripada pukul 9.30 pagi sampailah pukul 11.30 pagi. 2 jam kau sesat! Flight Fazli, Niza and Jai pulak pukul 1.40 tgh hari. Huhu. Pukul 11.30 pagi baru jumpa nad kat Lrt Sg. Besi, tuh pun sebab ayah nad yang hantar. Aish! Pukul 11.40 pagi baru bertolak ke KLIA. Bayangkanlah aku drive g KLIA 30 minit daripada Sg. Besi punya nak kejar masa. Selaju alam aku pecut!



Me and Nad! Semoge dengan kehadiran kitaorang kauorang bertambah semangat. And rindu dengan Malaysia ok! :D

Sampai je kat KLIA, dalam pukul 12.15 tgh hari. Parking ape sume. At last, jumpa dorang dalam pukul 12.25 tgh hari. Pastu bagi parcel kat dorang, tup-tup 12.35 tgh hari dorang kena ready dah kat gate flight. So, memang sekejap je lah jumpa dorang. Memang tak sempat nak borak panjang. Sorry guys, kitaorang datang lambat. Tak expect bleh jadi macam ni. Huhu.

Then, hilang lah dorang daripada pandangan mata kitaorang. Lecturer kitaorang Dr.N ade datang mewakil kan Jabatan utk hantar uruskan keperluan dorang before fly. Dr. ajak kitaorang makan before balik tapi sorry Dr. tak dapat temankan Dr. makan sebab Nad rushing nak balik kampung kat Melaka. Tapi sempatlah borak-borak dengan Dr. pasal persediaan sebelum Praktikal. Dr. sebak bila dorang dah pergi, sebab Dr. kata perasaan dia bercampur-baur. Biasalah Pensyarah perempuan kan, naluri keibuaan tuh memang mendalam. Risau katanya. Dr. pulak memang yang jenis rapat dengan students. Huhu. We proud of them! Praktikal dengan cemerlang okay. 



Flight depart pukul 1.40 p.m. tapi diawalkan kpd 12.25p.m utk ready dekat gate flight. Farewell~

3 bulan tuh tak lama pun, insha-Allah semuanya akan dipermudahkan. Seriously memang tak sangka dah sekarang ni dah 3 tahun buat degree. Tinggal setahun je lagi. Ya ALLAH permudahkan segala urusan hamba-MU ini. 

Oklah, mitak diri dulu ye. Sebab nak prepare untuk first day praktikal esok. Nak iron baju, buat list sikit barang-barang and dokumen yang perlu bawa esok. Ok, till then, Wassalam.

P/s: Next time aku update pulak pasal hari-hari aku berpraktikal macam mana ye. ;)

3 comments:

bisikan rahsia said...

whoah. I'm so proud lah of my junior! :) anyhow, perform well during praktikal. seek experience, marks comes later, inshaAllah A semuanya .goodluck fee

Fee Hafeezah said...

thanxx akak. miss u! tak sempat nak jumpa akak before balik aritu sebab memang balik rushing. After exam trus je balik! huhu. jumpe akak time grade je lah nmpaknya. huhu :(

Marcella said...

fee~~~

lama tak singgah sini.rindu.rindu.rindu

biasalah mak ni bimbangkan anak-anak..faham sangat dah :)

gud luck for your practical :D