Wednesday, June 26, 2013

INTERNSHIP: Week 1



Assalamualaikum everyone,

Seperti yang dijanjikan aku nak cerita hari-hari aku ber-praktikal to u’olls. Ok, here it is yawwww.
Macam biasalah, first day (17 June 2013 | Isnin) kena lapor diri. Tapi first day aku agak kecewa sikit sebab aku datang lambat.  Sesat weh. *(Memanjang je sesat kan). Huhu. 


Actually, supposed aku kena sampai pukul 8.30 pagi, tapi aku sampai pukul 8.50 pagi. Tulah confident sangat yang kat tepi jalan tuh office SPLASH, rupanya kat tempat lain. Tempat aku sampai memula tuh memang SPLASH tapi bukan main office, tuh tempat INTAKE. Haaaa, istilah baru kan. Tahu intake? Intake tuh tempat ambil air daripada sungai sebelum air dirawat masuk ke loji rawatan air. Kebetulan, masa aku sampai kat intake ade brader SPLASH. Aku tanyalah alamat dalam offered letter yang aku dapat tu kat mana. Then brader tuh bagi instruction jalan nak g main office. Nasib baik jumpa, agak jauh jugak masuk ke dalam. 


So, pengajarannya jangan nak confident sangat. Kita kena double confirm tanya orang sekeliling pastu survey tempat before start internship. Barulah tak sesat. Faham? Haha. Sepanjang aku praktikal, aku duduk dengan auntie aku, Sabtu after pukul 1 aku trus bla balik rumah mama. Nak berulang jauh oii.  


Sikitlah briefing pasal company aku kan. Aku praktikal kat Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) selama 3 bulan. For information korang, SPLASH ni ade dua Loji rawatan air, satu di Rasa, Hulu Selangor dan lagi satu di Bukit Badong, Kuala Selangor. Dan aku ditempatkan di SPLASH, Loji Rawatan Air Rasa (Hulu Selangor). Waktu bekerja pukul 8.30 pagi – 5 petang, setiap hari Isnin sampailah hari Sabtu. Tapi Sabtu half-day je. Ok, continue kepada cerita tadi. Adatlah first day kan, supervisor intro sikit about company. Die interview sikit soalan-soalan berkenaan dgn subjek yang aku belajar kat universiti. Fuuuuuhh, nasib baik baru lepas final exam boleh lah jugak nak jawab soalan supervisor aku tuh. Kalau tak, memang boleh pengsan. 


Supervisor aku nih org jawa. So, ngomong(cakap) jowo lah kan, umur 45 tahun. Orang panggil dia “Wak”.  After Wak interview aku dia ajak breakfast Nasi Ambeng. Pergh! Terbaiiiiik. Unexpected kau. Kebetulan aku pun tak breakfast lagi. Nilah orang kata langkah kanan. Then, supervisor aku bawak jumpa Plant Manager (Boss aku), terangkan peraturan-peraturan kat SPLASH, bagitahu  itu ini, and siap bagi nasihat untuk aku supaya aku ni tak lari daripada landasan, niat datang sini untuk belajar, ber-praktikal, dan bekerja bersungguh-sungguh. 


Nasihat boss macam ni “When u start working here, kena lupakan title ‘student’. Work as our team. And datang sini belajar, jangan malu untuk tanya abang-abang and kakak-kakak kat sini. Office-mate kebanyakannya lelaki, semua hebat-hebat. Kepakaran of course lah engineer. Office-mates perempuan pun just akak-akak admin je. Dua orang. Termasuk aku  and kawan praktikal lagi sorang, total 4 orang perempuan. Ehh, lupa Tea Lady (Auntie) and cleaner (Amutha). So, total 6 org perempuan. Wuuuuu. Bila ramai lelaki. Mulalah kepala aku macam kura-kura. Yelah, segan yang tak terhingga. Tahu tak? *maybe sebab baru lagi. 

Muka first day kerja. :D



Kat SPLASH, macam-macam aku kena buat. Memang tak sempatlah nak duduk-duduk saja. Baru seminggu start. Ade hari kena keluar pergi Empangan Sg. Selangor (DAM). Jarak DAM daripada office dalam 20 minit. So, pergi sana naik kereta company. On the way balik DAM mesti punya supervisor akan belanja makan petang. Pekena kuih-muih dengan teh kat warung. Pernah jugak pergi DAM dengan bos, and bos belanja kat anney mamak. 



Bercampur dengan orang yang berkerjaya ni memang lain sangat. First, kau belajar apa itu respect. And yes jaga percakapan, attitude. Second, kau belajar macam mana cara kerja. Means cara kerja how to manage all the task given. Time managemet sangat penting, kena follow due date and demand boss. Lagi-lagi kerja dengan company besar macam SPLASH ni. Third, kau belajar macam mana nak borak-borak dengan idea-idea yang bernas. Bukan borak kosong. Buat lawak pun kena ada gaya. Bukan lawak bodoh. Ok? *next time aku cerita part ni. 

Here it is DAM! Yes, Sg. Selangor Dam view.

 Hari seterusnya, pergi DAM lagi sebab pegawai Jabatan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Putrajaya datang untuk install alat mengesan Gas Radon. So, aku diwajibkan follow boss, supervisor and engineer yang dihormati sekalian. Aku kena tahu segala step, apa itu gas Radon, and apa bahayanya gas Radon. So, keep learning and doing a little bit research. Sekarang google dengan aku memang tak boleh dipisahkan. 

See, kental tak aku turun site dengan bro-bro sekalian. :D

Hari seterusnya, aku kena follow boss and supervisor ke clear water tank, water treatment plant. Clear water tank ni dekat je area belakang bangunan office aku. Aku pergi sana untuk melihat proses pembersihan clear water tank.  Kira macam maintenance tangki lah. Tujuan pembersihan ni untuk buang segala mendakan yang ada di dasar lantai tangki. Proses pembersihan ni dilakukan oleh WQ Enterprise. Dengan menggunkan robot khas. Yelah tangki ni tingginya 5 meter , so tak mungkin nak suruh orang berenang masuk dalam tangki untuk buat proses pembersihan ni kan. Guna robot ni pun ambik masa satu hari untuk bersihkan. For information korang, sepanjang seminggu ni macam-macam alat dah aku kenal. Semua brand overseas punya. Harga jangan cakap lah, beratus ribu- riban kau. Jarang lah aku jumpa equipment yang digunakan kat sini and alat guna buat experiment kat universiti tulis “Made in MALAYSIA”. Oiii, takde! Mostly from Japan, Taiwan, and USA. 

Gagah bukan? :P
Kat sini jugak aku belajar macam mana nak handle Scheduled Waste (SW), lebih kepada praktikal ye. Tak macam kat university belajar benda-benda alah ni just untuk exam. Hafal, hafal dan hafal masuk exam ‘goreng’ soalan. Haha. Regulation Scheduled Waste ni meliputi Consignment note, inventory Scheduled waste, kategori waste (code waste), and macam-macam lagi. Tapi kat sini aku kena isi borang inventory SW, isi secara manual dan secara moden iaitu isi borang inventory SW ni dalam website Department of Environment (DOE) atau pun nama melayunya Jabatan Alam Sekitar. Guna internet lagi senang sebab terus link and submit ke DOE. 


Selain itu, aku juga join Taklimat dan latihan induksi (Induction) Quality, Environment, Safety and Health (QESH). Pekerja baru macam aku ni, eh budak praktikal macam aku ni mesti kena tahu prosedur kerja, peraturan-peraturan company dan management. So sebab tu lah kena join Induction ni. Time induction banyak benda yang kita akan belajar. Betul weh, sebab aku keluar daripada bilik meeting, ilmu tuh memang aku faham gila bak kata nenek aku ilmu penuh didada. Haha. Poyo gile. Joking jeee. :P


Sampai sini je lah untuk minggu pertama aku ber-praktikal. Kang tulis panjang-panjang korang boring, nak tahu banyak-banyak meh datang rumah sembang. Ok eh, kita tunggu minggu kedua pulak ape ceritanya ye. 


P/s : Sepanjang aku praktikal ni, layanan Bos, supervisor and staf lain sangatlah sporting. So, bila bekerja takde lah gap sangat. Ape tak faham terus tanya. And seronok bekerja tuh memang tak dapat dinafikan, best sangat-sangat sebab setiap hari belajar benda baru. Alhamdulillah. Mohon doakan segala urusan Nor Hafeezah Jamhari dipermudahkan dan doakan juga Nor Hafeezah Jamhari baik-baik sahaja disini.  


Ok, Till then. Wassalam.

8 comments:

Fafat said...

salam..wah fee..aku pn x lg LI..last sem baru LI..takot gak.

Aimifiqa said...

waaah. bestnyee feeza, amik kos ape eh? rase cm best gile ko intern. tiap2 ari byk blajar benda baru.

Unknown said...

Atin: wslm. lama ko menghilang weyh. hehe. sihat ke? rilex je, best weyh LI :)

Aimi: Alhamdulillah rezqi, aku course Environment Technology. Study more to engineering. Kerja sambil beljr, sgt interesting. Yg penting kena pandai adapt. :)

Fafat said...

hehe..xde menghilang pn..ad jek..best ea..erm..skrg terseksa siapkn fyp dulu..huhu

Unknown said...

Xpe weyh, bersush susah dulu. Settle fyp dulu eyh. Aku fyp semester depan start. Slmt berpuasa Atin. Miss youuuuuu. :)

Anonymous said...

asaalamualaikum kak. maaf mengganggu. saya terbaca entry akak ni yg kebetulan saya juga ditempatkan utk menjalani latihan praktikal di splash pada june 29,2015. saya ingin bertanya, adakah ini alamat akak ditempatkan? (Loji pembersihan air rasa
Sungai Selangor fasa 3,Jalan zurah 7
Pusat perindustrian zuhrah,44200 rasa,Selangor darul ehsan). saya cuba mencari alamat ini, tp not availbalbe kat google map. jadi saya harap akak dapat membantu saya utk pengesahan alamat ini. disini saya sertakan email saya utk berhubungan dgn akak rnoratiqah@gmail.com. terima kasih.

Piqajay said...

hi akak. di latihan industri ni ada buat some projek tk ?

Anonymous said...

Saya berminat jugak nak intern kat sini . Dengan siapa ya perlu contact ?