Thursday, January 15, 2015

PRE-CONVO photoshoot: Part 3

Assalamualaikum everyone,

Part 3 punya cerita. Hewhewhew. Date berkonvo aku 30 NOVEMBER 2014 (Ahad: sesi pagi). Tapi disebabkan faktor jauh di nanananana ganu kite tu my family ajak bertolak awal. Ari Sabtu (29 November 2014) selepas hening subuh terbitnya fajar matahari kitaorang pun bertolak ke Kuala Terengganu. 

Which is the journey took about 8 hours dengan melalui Lebuhraya Karak. Biasalah kalau dah namanya bawak mama, semestinya mama tak berhenti bercakap sepanjang perjalanan pastu pantang nampak RnR mesti nak stop. Ade je cerita daripada zaman atuk dia, zaman abah dia zaman ayah aku. Haiii, macam-macam. Haha. Takpayah pasang radio pun tak apa. 

Seriuslah memang aku rasa seronok along the way sebab selalunya drive balik untuk start semester baru. Memang dulu along the way driving mesti teringat assignment lah test berderet lah presentation subjek itu ini. Aihhh. But then, now I'm back for good which is nak berkonvo kan. Hehe. 

Sesampai je (ehhh, betul ke imbuhan tu. Haha) kat Kuala Terengganu dalam pkul 3 pm camtu dalam kepala otak pikir photoshoot dgn coursemates. Sebab dah plan awal kan. Dalam kereta on the way nak pergi hotel (belum check-in), kengkawan semua dah bising dalam group whatsApp. Haha. Sorry guys lambat sikit. Then, lepas hantar mama & adik kat hotel terus aku pergi universiti.

Tak semua pun yang ada dalam gambar, tapi boleh lah meriahnya boleh tahan jugak. Actually universiti aku baru lepas daripada fasa bencana banjir. And Alhamdulillah, minggu yang aku konvo banjir dah surut. Alhamdulillah ya Rabb. And here is it all those photos.

Half of my coursemates (SARJANA MUDA TEKNOLOGI ALAM SEKITAR 2010/2014)

Semestinya shoot balingan-balingan mortar board perlu ada. Wiwiwiwiwi. 

We are happy. Alhamdulillah.

We are graduated. Yeayyy

Panas terik okay.










"Friendship is unnecessary, like philosophy, like art...It has no survival value, rather it is one of those things which give value to survival" -C.S. Lewis, The four Loves-




“People will walk in and walk out of your life, but the one whose footstep made a long lasting impression is the one you should never allow to walk out.”- Michael Bassey Johnson-

Thank you for the memories guys selama 4 tahun ni. I'm glad to have all of you as my friends. 

To be continue...Hari norhafeezah pakai jubah konvo.
Till then & assalamualaikum...


PRE-CONVO photoshoot: Part 2

Assalamualaikum everyone,

Ok. Let's begin the story. Disebabkan bukan selalu berkonvo, pre-convo photoshoot aku banyak gila. Tulang-tulang pipi pun lenguh dok melayan bergambar ni. Kali ni bergambar dengan family pulak. Atas dasar sebab Angah and Aman will not joining my convocation day. So that, mama decide untuk ambil gambar our complete family dekat rumah. Masa tu memang aku adalah orang terpenting dan diraikan oleh keluarga. Ceeewaaahh! Konon nya lah.

Memang dapat adik-beradik pun gile bergambar. So layankan ajeee. Esok bila hari tua nanti boleh tunjuk kat anak "Inilah pakcik-makcik kau nakkk" Hahaha. Amboi.

My complete super duper awesome family.

Tanpa mama dan sokongan keluarga mana mungkin aku akan dapat segulung ijazah. Kau ingat senang ke nak belajar bagi habis complete 4 tahun tu? Payah weh. Macam-macam dugaan kau tempuh. Tapi kau kena tabah kau kena kuat kau kena sabar. Walau payah macam mana pun kau kena pikir, once kau dah start and kenapa kau nak lemah semangat. Sebab mula-mula kau yang pilih jalan ni kan. And finally Alhamdulillah. Habis jugak perjuangan selama 4 tahun. Wiwiwiwi

My beloved sugar mummy

To be continue...PRE-CONVO photoshoot: Part 3

Till Then, Assalamualaikum.


PRE-CONVO photoshoot: Part 1

Assalamualaikum everyone,


Lama tak update and cukuplah sekadar nak bagi tahu yang aku dah berkonvo setelah berhempas pulas selama 4 tahun belajoooorrr. Dan semestinya lah memang eksaited sebab first time sarung jubah konvo kan. So, dengan kesempatan yang hado ni aku nak update entry pasal konvo. Hewhewhew.

First and foremeost, preparation untuk berkonvo ni macam-macam rupanya kena buat. Memandangkan masa yang aku ada sangatlah limited. Yela, semenjak dua menjak jadi wanita bekerja ni. Hiks.

Memula kau kena isi Borang Kajian Pengesahan Graduan. Lepastu kena bayar Yuran Graduan (Ijazah Sarjana Muda) sebanyak RM 100 + Yuran ALUMNI sebanyak RM 50. Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada universiti masing-masing. Dah settle step-step utama barulah boleh sebok-sebok nak pergi ambik Jubah Konvo. Macam biasa mmg ramaiiiii gila graduan yang akan datang awal beratur sebab kuatir size jubah akan habis. 

Bila dah dapat jubah, haaaaa...apa lagi. The pre-convo photoshoot begin. Hihihi. Memandangkan aku pergi ambil jubah dua orang sahaja dengan my ex-housemate kitaorang sangat sakan bergambar. Dia amik gambar aku then aku amik gambar dia, Wakaka.

And the camera rolling:

Roomate masa first year, pastu jadi housemate pastu jadi roomate balik masa final year

Terserlah gembira bila habis belajar. Jerawat semua automatik hilang.

Setiap tahun, memang aku tak akan lepaskan peluang untuk pergi memeriahkan majlis konvo senior-senior dan juga majlis konvo kawan-kawan rapat. Dan tak sangka masa untuk aku berkonvo telah tiba. Memang eksaited. Nervous okay.

Ini gambar wajib. Baling-baling Mortar Board (4 tahun tunggu saaat ni)

Finally GRADUATED (Berlatar belakangkan Bangunan  Canselori UMT)

Kan dah kata bergambar berdua. Kau ambik gambar aku, aku ambik gambar kau. Deal! Hahaha. FIY, aku dah buat preparation awal untuk berkonvo ni. Sebulan awal okay dari segi duit, booking hotel, proop photoshoot and hadiah konvo kawan-kawan rapat.

DIY proop pre-convo photoshoot.



Daripada zaman sekolah suka gile colour purple. Tak sangka jubah konvo colour purple.

Then, we move to LORONG KENANGAN PAYANG, KG. CINA, Terengganu. Apa yang menarik kat sini ialah street art dia. Tempat ni di komersialkan pertengahan June 2014 haritu. Which is masa tu dah habis semester and dah balik bermaustatutin kat rumah dah.


We decided to have a pre-convo photoshoot here. Not bad, sebab tmpt dia ada payung-payung tu yang macam dekat Agueda, Portugal tu. Itu je lah pun yang menarik. Bajet overseas sangat kitaorang kan. Kahkahkah. Actually banyak lagi art kat lorong ni, tapi kitaorang dah tak larat. Satu sebab panas dan dua disebabkan beratur panjang gilee okay untuk dapatkan jubah konvo ni. Tenaga pn tak banyak dah, senyum pun senyum kambing dah. After photoshoot sendirian berhad ni kitaorang kena balik Kuala Lumpur pulak. Esoknya kerja =.=

My ex-housemate reben dia kaler lain sebab dia SCHOOL lain.


Minta tlg org sekeliling ambik kan gambar. Wakaka

To be continue... PRE-CONVO photoshoot: Part 2

Till Then. Assalamualaikum.