Assalamualaikum everyone,
Lama tak update and cukuplah sekadar nak bagi tahu yang aku dah berkonvo setelah berhempas pulas selama 4 tahun belajoooorrr. Dan semestinya lah memang eksaited sebab first time sarung jubah konvo kan. So, dengan kesempatan yang hado ni aku nak update entry pasal konvo. Hewhewhew.
First and foremeost, preparation untuk berkonvo ni macam-macam rupanya kena buat. Memandangkan masa yang aku ada sangatlah limited. Yela, semenjak dua menjak jadi wanita bekerja ni. Hiks.
Memula kau kena isi Borang Kajian Pengesahan Graduan. Lepastu kena bayar Yuran Graduan (Ijazah Sarjana Muda) sebanyak RM 100 + Yuran ALUMNI sebanyak RM 50. Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada universiti masing-masing. Dah settle step-step utama barulah boleh sebok-sebok nak pergi ambik Jubah Konvo. Macam biasa mmg ramaiiiii gila graduan yang akan datang awal beratur sebab kuatir size jubah akan habis.
Bila dah dapat jubah, haaaaa...apa lagi. The pre-convo photoshoot begin. Hihihi. Memandangkan aku pergi ambil jubah dua orang sahaja dengan my ex-housemate kitaorang sangat sakan bergambar. Dia amik gambar aku then aku amik gambar dia, Wakaka.
And the camera rolling:
|
Roomate masa first year, pastu jadi housemate pastu jadi roomate balik masa final year |
|
Terserlah gembira bila habis belajar. Jerawat semua automatik hilang. |
Setiap tahun, memang aku tak akan lepaskan peluang untuk pergi memeriahkan majlis konvo senior-senior dan juga majlis konvo kawan-kawan rapat. Dan tak sangka masa untuk aku berkonvo telah tiba. Memang eksaited. Nervous okay.
|
Ini gambar wajib. Baling-baling Mortar Board (4 tahun tunggu saaat ni) |
|
Finally GRADUATED (Berlatar belakangkan Bangunan Canselori UMT) |
Kan dah kata bergambar berdua. Kau ambik gambar aku, aku ambik gambar kau. Deal! Hahaha. FIY, aku dah buat preparation awal untuk berkonvo ni. Sebulan awal okay dari segi duit, booking hotel, proop photoshoot and hadiah konvo kawan-kawan rapat.
|
DIY proop pre-convo photoshoot. |
|
Daripada zaman sekolah suka gile colour purple. Tak sangka jubah konvo colour purple. |
Then, we move to LORONG KENANGAN PAYANG, KG. CINA, Terengganu. Apa yang menarik kat sini ialah street art dia. Tempat ni di komersialkan pertengahan June 2014 haritu. Which is masa tu dah habis semester and dah balik bermaustatutin kat rumah dah.
We decided to have a pre-convo photoshoot here. Not bad, sebab tmpt dia ada payung-payung tu yang macam dekat Agueda, Portugal tu. Itu je lah pun yang menarik. Bajet overseas sangat kitaorang kan. Kahkahkah. Actually banyak lagi art kat lorong ni, tapi kitaorang dah tak larat. Satu sebab panas dan dua disebabkan beratur panjang gilee okay untuk dapatkan jubah konvo ni. Tenaga pn tak banyak dah, senyum pun senyum kambing dah. After photoshoot sendirian berhad ni kitaorang kena balik Kuala Lumpur pulak. Esoknya kerja =.=
|
My ex-housemate reben dia kaler lain sebab dia SCHOOL lain. |
|
Minta tlg org sekeliling ambik kan gambar. Wakaka |
To be continue... PRE-CONVO photoshoot: Part 2
Till Then. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment