Assalamualaikum,
Nak jadi insan yang tabah lagi sabar sila baca entri aku dgn tatatertib sopan menghabiskan segala perkataan yg di 'type'. Terima kasih. For ur information this entry is autopublish. Sekarang mungkin aku terkejar-kejar melayan si Junior sepanjang Minggu Jalinan Mesra (orientasi session) selama 5 ari nih. :)
Semalam hari pertama pendaftaran pelajar baru Ijazah Sarjana Muda kat UMT sesi 2011/2012. Aku selaku Fasi Unit Keselamatan seriously bertugas dgn peluh yg deras mcm air terjun. Ketiak juga lagi hangit dan melekit. Semalam aku just jaga trafik keluar masuk hostel.
Mengutip pengalaman selagi masih muda. Menjaga trafik yg tak pernah aku cuba. Memang lah gelabah ayam. Macam-macam ragam manusia. Ragam seperti customer cerewet adelah parents. Risau bebenor anak dorang nk masuk Uni nih. Terngiang-ngiang kt telinga aku nih :
"Kenapa bilik kecik ye" , " Kat sini takde Mall ke? " , " kenapa...kenapa dan kenapa..
Mungkin dengan adenye Mall yg Gah mahupun bilik hostel yg besar adalah kayu pengukur sebuah kejayaan anak-anak mereka. *asal ayat aku mcm nak berdebate nih?
Aku duduk kat tepi pagar masuk and mulut yg tak pernah lekang tanya
" Selamat datang ke UMT, ye anak encik dapat asrama blok mane? " Ayat yg sama utk beribu-ribu pemandu kereta. Kering tekak, panas terik macam nak pengsan. Seawal jam 8 pg sampai lah ke 5 ptg.
Ade seorang lelaki naik motor, segak bergaya bawak beg pangku depan motor. Pastu dia stop jap and tanya..
"Sis, blok Ibnu Abbas kat mane? " Sedangkan blok Ibnu Abbas adalah blok perempuan. Okay, pikir positive. Maybe dia nak tolong hantar barang adik perempuan dia kot. Pastu dia gelak and aku nampak lah sticker pelajar kat motor dia.
Okay fine, aku tertipu dgn pertanyaan tuh sebab dia senior atas aku. Susah jugak bile jadi peramah. sigh =.= dahlah aku semangat jawab. Puihh!
Pastu adelah pakcik nih tanya blok Ibnu Sina kat mana. Okay aku jadi blur. Sebab hostel yg ade Ibnu Abbas, Ibnu Majjah, Ibnu Jarir, Annasai, At-tabrani, At-Tarmizi. takde pun Ibnu Sina.
Okay fine pakcik aku tertipu lagi. Pakcik dgn riang ria gembira bergelak ketawa ye.
Tulah sedikit sebanyak untuk hari semalam. Memang penat gile. Abis post mortem pukul 1 pagi. Harini sesi LDK pulak. Ade dua slot. Banyak hujah nak bebel kat junior arini. Satu group kena handle 11 orang. YA ALLAH, semoga dipermudahkan segala tugas aku sepanjang minggu nih. Okay bye, semoga bertemu kembali.
|
Aku tak pendek tp dorang tinggi ;D |
Foot Note : Aku dah balik Uni.mmg susah sikit nk update blog. Banyak benda nak handle. Bukak semester nanti lagilah. Kelab punya kertas kerja berduyun-duyun tunggu mintak disettlekan. Tp akan berusaha update bila aku free. Adios ! :)
SEKIAN~