Sunday, August 28, 2011

Contest : Hari Raya (Tajaan DropletHouse)

Assalamualaikum,

Sebelum pulang ke kampung, padahal balik esok. Hehe. Tp semangat  nak packing. Okay, aku nak join contest Shafmechy. Korang, jomlah join sekali Klik Situ Sana Sini or banner atas tuh okay.  :P

Semua gambar-gambar dalam entry nih raya tahun 2010, tahun lepas lah kan. Warna tema raya family aku warna oren. Abang aku kata 'Oren Mania'. Hotak dialah oren mania. Dahlah warna striking gile. Aku rasa macam tgh raya Deepavali. Haha.
Our family in orange :)
Raya seronok sebab boleh jumpa sedara-mara yang nun jauh dimata. Ewahhh! Pastu boleh kumpul duet raya. Kalau korang tgh belajar memang superb lah dapat sampul advanced weyh. Kalau sepupu yg masih sekolah tuh mmg jeling je lah dgn insan Universiti sekalian. *Actually tuh pemangkin je uncle nk bg semangat suh belajar sampai ke menara gading (Gile physho kan uncle aku)

Kemeriahan Aidilfitri 2010 :D
Ramai yg dah kawen, ade Uncle yg tak balik kampung. Even ramai mcm takde tetap meriah lah jugak. Err..sangat meriah kot.
Auntie tgh buat lawak raya..umpphh, maybe..not sure nape sume ketawa :D
Lepas solat raya kat masjid, aktiviti wajib adalah kutip duet raya, then of course lah makan juadah berbuka. Eh, Juadah raya. Paling feveret, kuah kacang ayam nenek dgn lontong. Memang superb lah! Lepas makan kenalah bermaafan. Wajib utk aku sebab aku anak  yg paling degil plus suka buat sengal dgn mak. hikhik.
Maaf zahir batin mama, halalkan makan minum dan segala gurau senda :D
Raya setahun sekali je, disebabkan setahun sekali tuh lah gambar yang banyak mesti ade. Kikiki. Raya best woo. Tapi nak tolong kemas untuk raya memang malas melanda level menara KL. 
Sepupu sepapat yg awesome! Taknak kalah sume nak striking jugak. 
Gambar nih budget sume artis. Haha :P
Raya takde mercun , bunga api mmg tak lengkap. Tuh yg oren-oren tuh sume konco-konco family aku. Abg tgh tunjuk cara main mercun lalat terbabas. Kui3..Pepandai aku je. Mercun ape ntah, tunjuk cara main bunga api kot tuh. Haha.
Man of the year in orange wth rambut pacak-pacak! 
Arwah Ayah dah takde dalam 6 tahun dah. Meninggal dgn usia yg muda ats sebab menghidap Kanser Tulang. So, biasanya after raya kampung beside my mother kitaorang akan menyinggah ke kubur arwah before balik kampung jenguk saudara-mara beside arwah pulak. Even, arwah dah takde, tp ikatan persaudaraan belah arwah tak penah renggang. Betapa rapatnya kitaorang tak dapat nak luahkan kt sini. * faham kan?
Lokasi : Tanah perkuburan. (Dah 6 tahun meninggalkan kitaorang. Moga aman disana)

Kanak-kanak lah paling eksaited bile raya. Adik-adik sepupu nih pusing satu kampung beraya. Disebabkan nenek takot dorang kena culik, dorang beraya akan dihantar oleh abang-abang menaiki kereta. Giler grand kan? Aku dul jalan kaki je kot. haih =.= Masalah bila penculikan berleluasa sekarang. 
Anak-anak kecik, kelas kau Jah :P
Okay, family  beside arwah ayah pulak.  If nak compare, memang raya kampung belah arwah ayah memang best, meriah gile. 
Kampung arwah ayah :)
Oh, balik kampung! 
See, belakang tuh ade sawah, parit sume. Memang  jakun  gile kalau balik kampung. Yelah, bukan selalu jumpa kan sawah padi tgh hijau.
Photoshoot raya kat sawah. Oh! rendu. :)
Atuk memang awesome. Duet raya paling syoklah dari atok. Tiap tahun mesti raya umah atuk punye.
Atuk aku suka bagi nasihat :)
See, memang dgn mak and uncle aku pun kena ceramah sekali. tajuk ceramah " Macam mane nak mendidik anak" Haha. Takdelah, kalau balik kampung mestilah cerita-cerita nostralgia, Borak sampai tgh malam pun tak habis. Mak aku masa kecik-kecik suka nyorok dalam reban ayam dulu-dulu. Atuk punya cerita. Kelakar giler.
Fokus mendengar cerita atok :)
Terima kasih buat mak sebab tek penah menghampakan kitaorang anak-anak untuk beraya. Mak on je, nak balik mane? Mak ok je. Oh u're so cool mama!
Ni gambar raya ke berapa entah. Aku lupa.
Tahun nih maybe lagi meriah sebab sume akan balik kampung. yey! Duet raya pun akan menjadi luar biasa banyak. haha :)
The driver ! 
Okay, kalau menang aku nak hadiah nih  :


 Then nak tag mereka :


Salam lebaran dari aku, ampun maaf dipinta.

Sekian~







Friday, August 19, 2011

Selamat Hari Jumaat!

Assalamualaikum,




Apa guna jadi lelaki kacak, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK... 

Apa guna jadi perempuan cantik, kalau Pukul 12 tengah hari pun tak celik-celik...

Apa guna umur besar panjang, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukang.... 

Apa guna Allah bagi hidayah, kalau nak solat pun sikit punya payah... 

Apa guna jadi manusia, kalau umur Allah bagi kita sia-sia...



"SELAMAT HARI JUMAAT" :D


SEKIAN~

Tuesday, August 16, 2011

Dulu belajar membedah tikus

Assalamualaikum,
Ini tikus bukan kucing putih!
Ni cerita lama dah. Saje nak bernostalgia sikit. Sesape yg dulu ambik Sains Hayat kat matrix mmg cnfirmlah korang pernah buatkan? Ni salah satu eksperimen wajib woo waktu lab. Hoho..bergegar kepala lutut nak start bedah sang Tikus.

Korang diberi pilihan either nak buat secara individual or partner. Aku ni penakut sikit. So, haruslah partner kan. Hamster, Kucing mmg aku takley dekat Seriuslah tak boleh nak pegang. Maaflah. Binatang berbulu ni aku rasa geli geleman. Kalau lipas aku boleh tangkap. Nak tolong gorengkan pun okay jugak. HAHA.

Tp masa tuh aku dapat partner yg doploh dua kali ganda penakut dari aku. Eksperimen tuh mmg kena buat secepat mungkin. Tujuan eksperimen tuh utk tgk organ dalaman mamalia. Kira mcm nak tahu sistem badan manusia mcm mane. Sang Tikus tuh hanya sbgi bahan kajian sbb lecturer kata organ manusia dgn Sang Tikus sama.

At last akulah yg gagah meng'operate' Sang Tikus. Masa aku tgh operate tuh aku mengucap kalimah syahadah mmg berjuta lemon kali weh. Yg partner aku tuh tak abeh-abeh dok cakap KESIAN, KESIAN dan KESIAN lagi. Menangis pulak tuh. Serius aku mcm kena physco time tuh.

And finally, Sang Tikus selamat kembali ke rahmatullah. Report dibuat oleh kawan aku, dia ulas :


Saya sungguh kesian melihat spesies mamalia itu kerana partner saya mengupas bulu dan kulit sebelum membelah bahagian tengah dada spesies itu dengan rakus. (Dia tulis in english, tp aku tlg translate)


Foot Note : Mmg nasiblah aku TAKdapat tawaran Medic kan. Kalau dapat abehlah semua pesakit aku rawat dgn rakus. Alhamdulillah aku further study bukan lagi hadap benda-benda camtuh. Cukuplah sains hayat buat aku gerun nak jadi doktor. Tp seriuslah rindu zaman tuh.

Partner aku tuh sekarang kat Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS) ambik Medic. Dia kata dia tak takot dah nak operate-operate nih. Baguslah ye kawan! Happy to hear that :D 

SEKIAN~

Monday, August 1, 2011

Pemberian Pakcik Youth YOUsof. Terima kasih tak terhingga.

Assalamualaikum,


Aku nk buat penghargaan buat Pakcik YOUsof saudagar kurma, juga mamat tempe berketurunan Jawa Rangers. Kabare?  *Praktis ape yg belajar. Hehe


Mekaceh ats pemberian ikhlas beliau. 3 sticker telah dihantar dgn menggunakan haiwan bernama Unta. Setelah meredah lautan api, gunung-ganang, tanah tandus, dan juga padang tak berapa nak pasir sgt.


Unta pn kerap kali bermengah-mengah kerana unta ade penyakit asma. Semputlah Unta utk kesekian kalinya. Maka sampailah sticker itu dan selamat duduk diam-diam dlm peti surat. Haha. Hambuihh! Intro agak melampau disitu ye. >.<


Okay, serius, serius. Ehem-ehem..Korang ade? hehe.. Ha! Blogger Alif haris ade. Ce klik SINI


Pakcik Usop  berpesan :


" Jangan segan kasi hebah pelekat bajet comel aku tu ye Pijah.. makasih.. hehehe"
(Maksud tersirat : Usop suruh promote tp nada dia malu-malu, errr..haha..suka hati aku je. ) :D


Aku tak teringat pn sal sticker ni, Haha. Kalau keluar rumah pn aku jarang tgk Peti surat. Turun lif aku bla cmtuh je ats sebab lif dgn peti surat jauh sikit, Kehkeh..Alasan malas nk melangkah. Ptg sabtu aritu aku tido, nak roboh pintu bilik aku di ketuk oleh sang adik.


Ingatkan ape lah kan, sampul dari Jerman ke, Australia ke Mesir ke. Huhu. Sebab aku tgh tunggu kawan-kawan aku kat overseas tuh hantar ole-ole. Pastu adik aku hulur lah sampul surat kecik kemetot nih:


Oh sampul! Oh kecik! Oh ade sticker kt dalam! :)
Pastu tengok isi kat dalam, siap berplastik. Servis terbaik di abad ini woo! Cayalah pakcik sop! Haha..


Mekaceh pakcik
Jeles tak? Aku dapat nih? Korang takde kan? Hehe. Nak? Pi mintak kat yousuf, kalau dia nak bagi lagilah kan. Hoiii Riak! Haha..Astaghfirullah.


Youth YOUsof dan kawan-kawannya.
Bukak je wah! sticker! Wah! sangat cantik! Wah! aku kagum doe. Kreatif kau sop. Ecece, puji melebih plak. Sop, aku bodek nih, manelah tau kan dapat lagi ke.


"Puii! Belilah, harapkan free je" kata usop bermonolog.

Haha..Jgn marah sop..melawak je..


Adik aku menyebok : " Kak, aku nak sticker DOMO tuh"


Ah! kau, semua nak. semak je..haha..Ni aku punya. (agak tamak disini ye)..


Eh, okaylah. Pakcik YOUsof, mekaceh daun keladi. Mula-mula ingat nk tampal lah kt memane kan. Tp sayanglah pulak. Sticker tuh kan limited edition.Hehe. Tiada di pasaran Antarabangsa. So, aku simpan sticker pakcik Usop bersama adiah dan surat-surat cinta yg aku dapat selama aku hidup ni dalam kotak kat bawah ni. Eh, takpayah nk surat cinta sgtlah kan. haha. Cool tak sop?  


Oh kotak! Oh ade sticker itu! Sticker Usop yg punya! tp milik aku sudeh.Haha
Foot Note : Sape lagi yg dapat, cepat wat entry mcm aku dgn Alif haris. Eh, Alif haris, sticker kau comel doe yg doreamon tuh. Tukar nak? Haha. Btw, terima kasih sop!   :D


SEKIAN, Salam Ramadhan~